Pontian adalah dipercayai berasal daripada perkataan 'Perhentian yang bermaksud bagi kapal-kapal dan perahu yang menggunakan Selat Melaka sebagai jalan perhubungan antara Melaka dan Singapura. Terletak di Pantai Barat Negeri Johor dengan bersempadankan Daerah Kluang dan Johor Bahru di bahagian Timur, daerah Batu Pahat di Barat Laut dan Selat Melaka dibaratnya.
Pontian adalah sebuah daerah terkecil dinegeri Johor Darul Ta'zim. Ia terletak di sebelah Selatan Semenanjung Malaysai, bersempadankan Selat Melaka, Selat Johor, Sungai Pulai, Gunung Pulai dan Sungai Tampok.
Seperti kebanyakan daerah di Malaysia penduduk Pontian terdiri dari kaum-kaum Melayu, Cina dan India. Kehidupan bersama yang telah mereka lalui sejak beratus tahun lalu telah dapat mewujudkan satu suasana harmoni, saling memahami walaupun menganut budaya yang agak berbeza.
Pusat perniagaan di Daerah Pontian adalah dibandar Pontian Kecil, sebuah bandar yang terbangun disebelah menyebabkan muara sungai yang punya nama yang sama.
Terdapat satu pekan kecil yang diberi nama Pontian Besar. Pekan ini sebenarnya jauh lebih kecil dari bandar Pontian Kecil. Ia mendapat panggilan ‘besar' itu disebabkan sungai yang terdapat berhampirannya adalah Sungai Pontian Besar.
Pontian mendapat namanya dari perkataan PERHENTIAN. Kedua-dua muara Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil adalah pada satu masa dahulu merupakan perhentian tempat perahu berlabuh berlindung dari gelombang dan angin ribut. Perkataan ‘perhentian' itu lama kelamaan berubah disebut sebagai Pontian.
Pontian tidak mempunyai pantai laut yang cantik. Keunikan pantai bakaunya dengan keajaiban flora dan fauna serta keadaan masyarakat dan kampung yang aman dan tenang sajalah yang dapat mengujudkan suasana yang menarik untuk memikat pelancung datang. Pontian hanya mampu menawarkan yang terbaik bagi sesiapa yang mahu menikmati Alam Semula Jadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan