
Dengan fungsi hibernasi (hibernate), komputer ditutup (shutdown) dengan maklumat dan aturan disimpan ke dalam memori komputer. Apabila komputer dihidupkan semula, sistem akan mengembalikan aturan dan maklumat memori kepada asal. Dengan cara ini, komputer anda akan menjimatkan kuasa eletrik kerana ia tidak memerlukan kuasa elektrik untuk menyelenggara sistem apabila masuk ke mod hibernasi. Semua dokumen dan program akan dikembalikan seperti sediakala setelah komputer dihidupkan semula.
Untuk masuk ke dalam mod hibernasi cara pantas, anda boleh membuat pintasan hibernasi di atas Desktop:
1) Klik kanan pada Desktop
2) Pilih New -> Shortcut
3) Masukkan arahan berikut:
%windir%\system32\rundll32.exe powrprof.dll,SetSuspendState Hibernate
4) Klik Next
5) Namakan pintasan sebagai "Hibernasi"
6) Klik Finish
Untuk masuk ke dalam mod hibernasi, klik pada pintasan di atas Desktop anda.

adakah keadaan sebegini akan menyebabkan kekuatan prosessor akan berkurangan
BalasPadam