Khamis, 22 Januari 2009

MENGUJI ANTI-VIRUS


Jika komputer anda telah dipasang dengan perisian anti-virus, anda boleh menguji perisian tersebut menggunakan kod "EICAR" bagi mengenalpasti samada perisian anti virus anda berfungsi dengan baik atau tidak. Kod "EICAR" mengandungi kod yang akan mengejutkan perisian anti virus dan ini tidak akan membahayakan sistem anda.

Untuk menguji perisian anti virus anda, ikut langkah-langkah berikut:

1. Buka penyunting teks seperti Notepad


2. Masukkan teks berikut ke dalamnya:


KOD

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3. Simpan sebagai (save as) "EICAR.COM" ke desktop.


4. Buka DOS dan jalankan program ini (atau klik dua kali ke atas fail tersebut)



Jika perisian anti virus anda berfungsi dengan betul, ia akan mengesan fail EICAR.COM sebagai virus.

SELAMAT MENCUBA..

PINTASAN HIBERNASI


Dengan fungsi hibernasi (hibernate), komputer ditutup (shutdown) dengan maklumat dan aturan disimpan ke dalam memori komputer. Apabila komputer dihidupkan semula, sistem akan mengembalikan aturan dan maklumat memori kepada asal. Dengan cara ini, komputer anda akan menjimatkan kuasa eletrik kerana ia tidak memerlukan kuasa elektrik untuk menyelenggara sistem apabila masuk ke mod hibernasi. Semua dokumen dan program akan dikembalikan seperti sediakala setelah komputer dihidupkan semula.

Untuk masuk ke dalam mod hibernasi cara pantas, anda boleh membuat pintasan hibernasi di atas Desktop:


1) Klik kanan pada Desktop

2) Pilih New -> Shortcut

3) Masukkan arahan berikut:

%windir%\system32\rundll32.exe powrprof.dll,SetSuspendState Hibernate

4) Klik Next

5) Namakan pintasan sebagai "Hibernasi"

6) Klik Finish

Untuk masuk ke dalam mod hibernasi, klik pada pintasan di atas Desktop anda.

SEKAT LAMAN LUCAH



Assalammualaikum..

Disini saya ingin berkongsi pada pelayar-pelayar laman blogs tentang menyekat kemasukan laman web lucah,laman web lucah semakin berleluasa ,ibarat seperti cendawan tumbuh selepas hujan,sebenarnya sesebuah organisasi tidak boleh menghalang laman web lucah,disini saya mengajar untuk menyekat laman web lucah melalui perisian yang disediakan,perisian ini dipanggil 'parenttools' ,gunakannya mudah sekali,pergi kelaman web yang dipaparkan dibawah,muat turun kan perisan itu dan install terus ke komputer atau laptop anda,ia sangat berguna kepada ibu-bapa yang ingin mengelakkan anak mereka melayari laman lucah,dengan cara ini sahaja kita sebagai pelayar dapat menyekat kemasukan gejala-gejala sosial tanpa sempadan ini daripada berleluasa.
Boleh juga kita menulis sendiri didalam nya,contoh nya mahu menyekat perkataan 'lucah' , 'raba' dan lain2 perkataan ,kita boleh tulis sendiri diruang disediakan.Ini perisian yang 'bagus' digunakan untuk menyekat laman lucah dari dilayari.

ok selamat mencuba.. daa


Isnin, 19 Januari 2009

TENTANG FOREX




Dalam pelaburan Forex,sebelum seseorang bercadang untuk melabur dalam forex banyak perkara perlu dititikberatkan dalam diri,ini kerana dalam pelaburan ini perlu diingat jangan terlalu ikutkan perasaan,seperti perasaan tamak,dengki,tidak mahu berkongsi ilmu,dan sikap yang sewaktu dengannya,ini kerana jika sikap seperti ini tidak dikawal seseorang boleh mengalami kerugian dalam pelaburan ini.Pelaburan ini memang nyata boleh mengubah hidup seseorang,tapi perlu dibekalkan dengan sikap yang sederhana.Nasfu untuk menjadi kaya itu memang terlalu kuat bila kita berada dalam alam permainan forex ini,saya disini bukan la pakar dalam bidang pelaburan ini,tapi pernah mencuba dan melakukan,pelaburan seperti ini perlu modal yang besar permainan ini menjadi 'best'.Pengalaman saya tidak berapa la banyak,sahaja nak berkongsi pengalaman.Dalam forex sangat mudah untuk mendapat keuntungan,die cuma ade dua jalan je,NAIK = BUY , TURUN =SELL . Dua jalan je ,takde kiri kanan,tapi paling penting lakukan dulu analisis ,seperti ekonomi semasa,harga minyak dunia,dan banyakkan membaca dan mengikuti isu semasa.
.Dalam blog saya ini,boleh dikatakan hampir 60% kelengkapan forex seperti,saya paparkan harga minyak semasa,pergerakan matawang setiap negara,ekonomi USA,disini saya memudahkan para pelabur forex untuk merujuk ditepi blog ini yang sedikit sebanyak membantu para pelabur dalam dunia forex.Disini saya cuba ingin memberitahu sesebuah syarikat yang betul-betul dipanggil syarikat ialah syarikat yang mempunyai pekerja yang dibayar gajinya,sekiranya nama syarikat tapi tidak mendapat gaji sekurang-kurangnya basic itu bukanlah sebuah syarikat.Syarikat yang ingin pekerja nya menjadi seorang yang berkualiti dan profesional syarikat perlulah memberi inisiatf seperti basic,dan perkara-perkara yang patut diberikan kepada pekerja,jika tidak pekerja tidak akan memberikan komitmen yang tinggi pada syarikat seterusnya syarikat terumbang-ambing dan bila-bila masa sahaja 'bungkus'. Sampai disini sahaja yang dapat kongsikan.
sekian ..wassalam..



Ahad, 18 Januari 2009

SEJARAH PALESTIN



Palestin Bahasa Arab:فلسطين Falasṭīn, bahasa ibrani: פלשתינה Palestina) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranian dan Sungai Jordan. Istilah lain yang digunakan untuk merujuk keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan ini termasuk israel, ialah "Israel Raya" bahasa ibrani: Eretz Yisrael), Kana'andan Tanah suci.

Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi negara Israel kini dan wilayah-wilayah Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas mandat british di palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan.

Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada "Negara Palestin" yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Palestin.

Di dalam konteks Konflik israel Palestin, istilah Palestin mempunyai konotasi politik yang amat berat dan boleh mencetuskan kontroversi.

Palestin terletak di bagian barat benua Asia yang membentang antara garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara.

Palestin membentuk bagian tenggara dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut dengan negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri dari Lubnan,Syria dan Jordan. Pada awalnya negara-negara ini mempunyai perbatasan yang kolektif di luar perbatasannya dengan Mesir.

Perbatasan Palestin dimulai dengan Lubnan di Ras El-Nakoura di wilayah laut Mediterranian (Laut Tengah) dan dengan garis lurus mengarah ke timur sampai ke daerah di setelah kota kecil Lubnan iaitu kota Bent Jubayel, di mana garis pemisah antara kedua negara ini miring ke utara dengan sudut yang hampir lurus. Pada titik ini, perbatasan berada mengitari mata air sungai Jordan yang menjadi bagian dari Palestin dalam jalan kecil yang membatasinya dari wilayah Timur dengan wilayah Syria dan danau Al Hola, Lout dan Tabariyya.

Perbatasan dengan Jordan dimulai di wilayah selatan danau Tabariyya pada pembuangan sungai Al Yarmouk. Terus sepanjang sungai Jordan. Dari mata air sungai Jordan, perbatasan ini ke arah selatan membelah pertengahan Laut Mati secara geometrikal dan lembah Araba, hingga sampai pada daerah Aqaba.

Perbatasan dengan Mesir dapat digambarkan dengan garis yang hampir membentuk garis lurus yang membelah antara daerah semi-pulau Seena dan padang pasir Al Naqab. Perbatasan ini dimulai di Rafah di Laut Tengah hingga sampai ke daerah Taba di Teluk Aqaba.

Di bagian Barat, Palestin terletak di sebelah perairan lepas antarabangsa dari Laut Tengah dengan jarak sekitar 250 km dari Ras El-Nakoura di belah selatan hingga Rafah di bahagian selatan.

Kerana lokasinya terletak di pertengahan negara-negara Arab, Palestin membentuk kombinasi geografi yang natural dan humanistik bagi medan daratan yang luas yang memuat kehidupan orang-orang asli Badui di wilayah selatan dan gaya pendudukan yang sudah lama di bagian utara. Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain kerana merupakan sebahagian dari tempat tinggalnya manusia pertama, tempat diturunkannya semua agama samawi, tempat di mana peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti komersil dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk faktor penghubung antara berbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Palestin juga menjadi tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu kala, sebagaimana ia juga menikmati lokasi sentral yang memikat seluruh orang yang mau bermukim dan hidup dalam kemakmuran. Maka dari itu sangat alami kalau Palestin menjadi pusat bagi kerakusan banyak orang yang ingin berkuasa dan mengeksploitasi keistimewaannya.

Jumaat, 16 Januari 2009

PENGENALAN


Assalammualaikum..

Disini saya berasa cukup bangga sekali kerana dapat membina satu laman blog sendiri,dan saya berharap dapat menjadikan blog saya fun dan dpt menyalurkan maklumat-maklumat yang berguna buat para pelayar blog.